Ahad, 1 April 2012

Zizan Enggan Komen Isu Pengharaman Lagu “Bawaku Pergi”!

Zon Artis - Kecoh dengan pengharaman lagu berjudul “Bawaku Pergi” oleh Zizan dan Kaka, Malique turut terkilan apabila lagu ciptaannya ini telah diberhentikan penyiaran apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh menggalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja.



Hairan juga OHBULAN! bagaimana sampai begitu sekali disalahtafsirkan lagu penuh kreatif tersebut. Siapa yang tidak kenal Malique? Seorang produser, penyanyi dan penulis lirik yang sememangnya bila menulis lirik, pasti padat dengan maksud dan nasihat tertentu.

Tapi bagi OHBULAN!, takkanlah seorang anak seni mahu menggalakkan remaja agar lari dari rumah? Apa lagi menulis lirik yang boleh mendorong remaja lari dari rumah. Sehubungan itu, wartawan OHBULAN! telah menghubungi Zizan pula untuk mendapatkan penjelasan. Namun begitu, Zizan juga tidak dapat memberikan komen mengenai pengharaman lagu ‘Bawaku Pergi” ini.

“Secara jujur, saya bukan nak sombong atau apa, tapi memang saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan buat setakat ini,” ujar Zizan memulakan perbualan.

OHBULAN! difahamkan, lagu tersebut adalah hakmilik Warner Music, jadi Zizan tidak dapat memberikan sebarang komen atau kenyataan balas.

“Saya sedih juga apabila dapat tahu lagu itu diharamkan, tapi apa boleh buat?” luah Zizan mengakhiri perbualan.

Untuk penjelasan mengenai lirik lagu berjudul “Bawaku Pergi” ciptaan Malique, anda boleh baca di artikel Lagu ‘Bawaku Pergi – Zizan & Kaka’ Diharamkan Kerajaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review