Ahad, 1 April 2012

Lagu ‘Bawaku Pergi – Zizan & Kaka’ Diharamkan Kerajaan

Zon Artis - Malique terkilan apabila lagu ciptaannya yang berjudul, ‘Bawaku Pergi’ dendangan Zizan & Kaka telah diberhentikan penyiarannya apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh mengalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja. Berikut adalah kenyataan Malique sebagai respon kepada isu pengharaman tersebut :

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’.

Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Zizan Enggan Komen Isu Pengharaman Lagu “Bawaku Pergi”!

Zon Artis - Kecoh dengan pengharaman lagu berjudul “Bawaku Pergi” oleh Zizan dan Kaka, Malique turut terkilan apabila lagu ciptaannya ini telah diberhentikan penyiaran apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh menggalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja.



Hairan juga OHBULAN! bagaimana sampai begitu sekali disalahtafsirkan lagu penuh kreatif tersebut. Siapa yang tidak kenal Malique? Seorang produser, penyanyi dan penulis lirik yang sememangnya bila menulis lirik, pasti padat dengan maksud dan nasihat tertentu.

Tapi bagi OHBULAN!, takkanlah seorang anak seni mahu menggalakkan remaja agar lari dari rumah? Apa lagi menulis lirik yang boleh mendorong remaja lari dari rumah. Sehubungan itu, wartawan OHBULAN! telah menghubungi Zizan pula untuk mendapatkan penjelasan. Namun begitu, Zizan juga tidak dapat memberikan komen mengenai pengharaman lagu ‘Bawaku Pergi” ini.

“Secara jujur, saya bukan nak sombong atau apa, tapi memang saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan buat setakat ini,” ujar Zizan memulakan perbualan.

OHBULAN! difahamkan, lagu tersebut adalah hakmilik Warner Music, jadi Zizan tidak dapat memberikan sebarang komen atau kenyataan balas.

“Saya sedih juga apabila dapat tahu lagu itu diharamkan, tapi apa boleh buat?” luah Zizan mengakhiri perbualan.

Untuk penjelasan mengenai lirik lagu berjudul “Bawaku Pergi” ciptaan Malique, anda boleh baca di artikel Lagu ‘Bawaku Pergi – Zizan & Kaka’ Diharamkan Kerajaan.

Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya Secara Live di Propaganza

Zon Artis - Sesiapa yang menonton Propaganza semalam pastinya perasan yang Awal Ashaari telah melamar Scha Al-Yahya untuk menjadikan Scha Al-Yahya seseorang yang halal buatnya.. Kejutan yang dibuat Awal Ashaari yang diadakan secara langsung tu begitu menyentuh perasaan Scha Al-Yahya sehingga kedua-dua mereka menitiskan air mata.. Walaupun agak terkejut, Scha Al-Yahya tetap menerima lamaran Awal Ashaari dalam keadaan yang sebak dan terpinga-pinga…




Semasa lamaran tu dilakukan, Scha Al-Yahya telah menerima sebentuk cincin berlian dan selepas itu Scha menerima lagi sejambak bunga ros dan seekor patung beruang yang besar.. Awal juga memberitahu yang dia sudah lama menanti hari yang sesuai untuk melamar Scha dan hari itu adalah hari yang paling sesuai sekali kerana hari itu adalah hari ulang tahun percintaan mereka berdua yang ke 2 tahun 6 bulan…

Apa-apa pun Zon Artis ucapkan tahniah buat Awal dan Scha.. sama-sama lah kita tunggu 27 mac ni untuk mengetahui tarikh pertunangan mereka pula..



Kalau korang tak sempat nak tengok propaganza tengah hari semalam.. korang boleh la tengok video lamaran awal kepada scha kat bawah ni..

Fazura dating dengan TMJ di Singapore?

Zon Artis - Lama kita tak dengar cerita pasal Fazura ni kan.. tup tup tetiba kecoh pulak bila Gambar Fazura dan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail sedang bercuti di Singapore.. Melalui gambar tu memang kita nampak yang mereka berdua ni sedang dilamun cinta kan.. Bahagia je mereka berdua ni dating..




Walaupun Fazura dan TMJ ni sudah kenal sesama sendiri 3 tahun lamanya.. ada juga yang kata mereka berdua ni hanyalah kawan biasa je.. Tapi melalui gambar kat bawah ni macam pelik je kawan biasa bergambar macam tu kan.. kalau kawan luar biasa tu kemungkinan la jugak.. Apa-apa pun MyGosip sentiasa doa kan yang terbaik buat mereka berdua.. sama-sama la kita tunggu penjelasan daripada Fazura sendiri…

Abby Abadi bernekad untuk terus Bertudung

Zon Artis - Seorang lagi artis wanita kita telah berhijrah ke jalan yang lebih di redhai.. Abby Abadi dengarnya telah mengambil keputusan untuk bertudung setelah sekembalinya Abby daripada mengejakan umrah pada 26 Mac yang lalu.. Menurut Abby, Niatnya untuk bertudung sudah lama ada.. cuma Abby takut jika dia mengalami situasi sekejap pakai tudung sekejap tak pakai tudung.. Jadi semasa Abby menunaikan umrah, Abby telah bernekad di depan kaabah untuk bertudung sekembalinya dia ke malaysia nanti..




    “Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.”

MyGosip ucapkan tahniah buat Abby dengan perubahan ni.. semoga segala urusan Abby selepas ini dipermudahkan dan diberkati olehnya..

Khairul Fahmi Che Mat bakal jadi model Minyak Wangi SimplySiti

Zon Artis - Wah! nampaknya Khairul Fahmi Che Mat yang selalu dilanda kontroversi ni bakal menceburkan diri dalam bidang hiburan pula selepas ni.. Khairul Fahmi dengarnya bakal menjadi model bagi iklan minyak wangi terbaru keluaran SimplySiti.. Rasanya mungkin itu langkah pertama Khairul Fahmi untuk berjinak-jinak dalam industri hiburan kat Malaysia ni kan..

Seperti yang ramai sudah tahu, sebelum ini Khairul Fahmi ada berjumpa dengan Dato’ Siti Nurhaliza seperti yang diwar-warkan didalam account Twitter Khairul Fahmi sendiri.. Rupa-rupanya perjumpaan itu adalah untuk membincangkan mengenai perancangan tersebut.. wah! tak sabar nak tengok Khairul Fahmi jadi model minyak wangi SimplySiti kan…





Eau de Parfum Simplysiti

Untuk pengetahuan korang, Eau de Parfum Simplysiti ni ada 3 jenis bauan yang berbeza, antaranya ialah Pure, Memoir dan Precious… ketiga-tiga jenis minyak wangi ni sudahpun berada dipasaran dengan harga RM69.90 untuk 50ml.. Dan minyak wangi SimplySiti ni akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April depan..

Azza Elite bakal bernikah Ahad Ini Tanpa Bertunang

Zon Artis - Azza Elite yang telah menjadi ibu tunggal selama 6 tahun lamanya akhirnya mengumumkan yang beliau bakal bernikah dengan seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada hari ahad ini (1 April 2012).. Menurut Azza, Majlis pernikahan mereka akan diadakan di Masjid Bukit Antarabangsa selepas solat Zuhur sementara majlis perkahwinan pula akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak yang belum ditentukan tarikhnya lagi..

Apa yang menariknya, perkahwinan Azza kali ni akan dilangsungkan tanpa ada sebarang ikatan pertunangan terlebih dahulu.. Azza dan Azlan lebih selesa mendirikan rumah tangga terus, daripada menempuh dugaan dan cabaran di alam pertunangan..

Buat masa ini, sudah 70 peratus persiapan telah dilakukan oleh Azza untuk majlis pernikahan tu nanti.. MyGosip doakan agar segala persiapan Azza dan Azlan akan berjalan dengan lancar hendaknya..



azza elite dan bakal suami

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review