Ahad, 1 April 2012

Gambar di Sekitar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay

Zon Artis - Jika sebelum ni Zon Artis sudah kongsikan beberapa keping gambar pertunangan Liyana Jasmay dengan Fathuddin Mazlan, disini kami kongsikan lagi beberapa keping gambar untuk tatapan semua peminat Liyana Jasmay.. Bagi sesiapa yang belum tahu.. semalam telah berlangsungnya majlis pertunangan Liyana Jasmay di rumah keluarganya di Kemensah Height, Kuala Lumpur..


Pada majlis pertunangan tu, Liyana Jasmay tampil anggun dengan gaun moden rona putih gading rekaan Rizman Ruzaini yang berkonsepkan puteri diraja Inggeris yang dikatakan bernilai RM10,000..

Liyana Jasmay juga telah menerima lima dulang hantaran yang berupa satu set wangian Gucci Guilty, telekung, kek, sebentuk cincin dan sirih junjung.

Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran yang berupa senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan cupcake

Semasa Majlis pertunangan Liyana Jasmay ni berlangsung, kedua-dua belah pihak keluarga telah pun bersepakat untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 24 Januari 2013 nanti.. kira 10 bulan la Liyana jasmay bertunang dengan Fathuddin ni kan…

Apa-apa pun jom kita layan Gambar di Sekitar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay kat bawah ni…









0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review