Ahad, 1 April 2012

Lagu ‘Bawaku Pergi – Zizan & Kaka’ Diharamkan Kerajaan

Zon Artis - Malique terkilan apabila lagu ciptaannya yang berjudul, ‘Bawaku Pergi’ dendangan Zizan & Kaka telah diberhentikan penyiarannya apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh mengalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja. Berikut adalah kenyataan Malique sebagai respon kepada isu pengharaman tersebut :

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’.

Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Zizan Enggan Komen Isu Pengharaman Lagu “Bawaku Pergi”!

Zon Artis - Kecoh dengan pengharaman lagu berjudul “Bawaku Pergi” oleh Zizan dan Kaka, Malique turut terkilan apabila lagu ciptaannya ini telah diberhentikan penyiaran apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh menggalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja.



Hairan juga OHBULAN! bagaimana sampai begitu sekali disalahtafsirkan lagu penuh kreatif tersebut. Siapa yang tidak kenal Malique? Seorang produser, penyanyi dan penulis lirik yang sememangnya bila menulis lirik, pasti padat dengan maksud dan nasihat tertentu.

Tapi bagi OHBULAN!, takkanlah seorang anak seni mahu menggalakkan remaja agar lari dari rumah? Apa lagi menulis lirik yang boleh mendorong remaja lari dari rumah. Sehubungan itu, wartawan OHBULAN! telah menghubungi Zizan pula untuk mendapatkan penjelasan. Namun begitu, Zizan juga tidak dapat memberikan komen mengenai pengharaman lagu ‘Bawaku Pergi” ini.

“Secara jujur, saya bukan nak sombong atau apa, tapi memang saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan buat setakat ini,” ujar Zizan memulakan perbualan.

OHBULAN! difahamkan, lagu tersebut adalah hakmilik Warner Music, jadi Zizan tidak dapat memberikan sebarang komen atau kenyataan balas.

“Saya sedih juga apabila dapat tahu lagu itu diharamkan, tapi apa boleh buat?” luah Zizan mengakhiri perbualan.

Untuk penjelasan mengenai lirik lagu berjudul “Bawaku Pergi” ciptaan Malique, anda boleh baca di artikel Lagu ‘Bawaku Pergi – Zizan & Kaka’ Diharamkan Kerajaan.

Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya Secara Live di Propaganza

Zon Artis - Sesiapa yang menonton Propaganza semalam pastinya perasan yang Awal Ashaari telah melamar Scha Al-Yahya untuk menjadikan Scha Al-Yahya seseorang yang halal buatnya.. Kejutan yang dibuat Awal Ashaari yang diadakan secara langsung tu begitu menyentuh perasaan Scha Al-Yahya sehingga kedua-dua mereka menitiskan air mata.. Walaupun agak terkejut, Scha Al-Yahya tetap menerima lamaran Awal Ashaari dalam keadaan yang sebak dan terpinga-pinga…




Semasa lamaran tu dilakukan, Scha Al-Yahya telah menerima sebentuk cincin berlian dan selepas itu Scha menerima lagi sejambak bunga ros dan seekor patung beruang yang besar.. Awal juga memberitahu yang dia sudah lama menanti hari yang sesuai untuk melamar Scha dan hari itu adalah hari yang paling sesuai sekali kerana hari itu adalah hari ulang tahun percintaan mereka berdua yang ke 2 tahun 6 bulan…

Apa-apa pun Zon Artis ucapkan tahniah buat Awal dan Scha.. sama-sama lah kita tunggu 27 mac ni untuk mengetahui tarikh pertunangan mereka pula..



Kalau korang tak sempat nak tengok propaganza tengah hari semalam.. korang boleh la tengok video lamaran awal kepada scha kat bawah ni..

Fazura dating dengan TMJ di Singapore?

Zon Artis - Lama kita tak dengar cerita pasal Fazura ni kan.. tup tup tetiba kecoh pulak bila Gambar Fazura dan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail sedang bercuti di Singapore.. Melalui gambar tu memang kita nampak yang mereka berdua ni sedang dilamun cinta kan.. Bahagia je mereka berdua ni dating..




Walaupun Fazura dan TMJ ni sudah kenal sesama sendiri 3 tahun lamanya.. ada juga yang kata mereka berdua ni hanyalah kawan biasa je.. Tapi melalui gambar kat bawah ni macam pelik je kawan biasa bergambar macam tu kan.. kalau kawan luar biasa tu kemungkinan la jugak.. Apa-apa pun MyGosip sentiasa doa kan yang terbaik buat mereka berdua.. sama-sama la kita tunggu penjelasan daripada Fazura sendiri…

Abby Abadi bernekad untuk terus Bertudung

Zon Artis - Seorang lagi artis wanita kita telah berhijrah ke jalan yang lebih di redhai.. Abby Abadi dengarnya telah mengambil keputusan untuk bertudung setelah sekembalinya Abby daripada mengejakan umrah pada 26 Mac yang lalu.. Menurut Abby, Niatnya untuk bertudung sudah lama ada.. cuma Abby takut jika dia mengalami situasi sekejap pakai tudung sekejap tak pakai tudung.. Jadi semasa Abby menunaikan umrah, Abby telah bernekad di depan kaabah untuk bertudung sekembalinya dia ke malaysia nanti..




    “Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.”

MyGosip ucapkan tahniah buat Abby dengan perubahan ni.. semoga segala urusan Abby selepas ini dipermudahkan dan diberkati olehnya..

Khairul Fahmi Che Mat bakal jadi model Minyak Wangi SimplySiti

Zon Artis - Wah! nampaknya Khairul Fahmi Che Mat yang selalu dilanda kontroversi ni bakal menceburkan diri dalam bidang hiburan pula selepas ni.. Khairul Fahmi dengarnya bakal menjadi model bagi iklan minyak wangi terbaru keluaran SimplySiti.. Rasanya mungkin itu langkah pertama Khairul Fahmi untuk berjinak-jinak dalam industri hiburan kat Malaysia ni kan..

Seperti yang ramai sudah tahu, sebelum ini Khairul Fahmi ada berjumpa dengan Dato’ Siti Nurhaliza seperti yang diwar-warkan didalam account Twitter Khairul Fahmi sendiri.. Rupa-rupanya perjumpaan itu adalah untuk membincangkan mengenai perancangan tersebut.. wah! tak sabar nak tengok Khairul Fahmi jadi model minyak wangi SimplySiti kan…





Eau de Parfum Simplysiti

Untuk pengetahuan korang, Eau de Parfum Simplysiti ni ada 3 jenis bauan yang berbeza, antaranya ialah Pure, Memoir dan Precious… ketiga-tiga jenis minyak wangi ni sudahpun berada dipasaran dengan harga RM69.90 untuk 50ml.. Dan minyak wangi SimplySiti ni akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April depan..

Azza Elite bakal bernikah Ahad Ini Tanpa Bertunang

Zon Artis - Azza Elite yang telah menjadi ibu tunggal selama 6 tahun lamanya akhirnya mengumumkan yang beliau bakal bernikah dengan seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada hari ahad ini (1 April 2012).. Menurut Azza, Majlis pernikahan mereka akan diadakan di Masjid Bukit Antarabangsa selepas solat Zuhur sementara majlis perkahwinan pula akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak yang belum ditentukan tarikhnya lagi..

Apa yang menariknya, perkahwinan Azza kali ni akan dilangsungkan tanpa ada sebarang ikatan pertunangan terlebih dahulu.. Azza dan Azlan lebih selesa mendirikan rumah tangga terus, daripada menempuh dugaan dan cabaran di alam pertunangan..

Buat masa ini, sudah 70 peratus persiapan telah dilakukan oleh Azza untuk majlis pernikahan tu nanti.. MyGosip doakan agar segala persiapan Azza dan Azlan akan berjalan dengan lancar hendaknya..



azza elite dan bakal suami

Gambar Penari Tiang Melayu Yang Beragama Islam Didenda RM25?

Zon Artis - Tidak menghairankan apabila kes keruntuhan akhlak dan jenayah susah benar nak dikawalnya. Masakan tidak, pengedar dadah pun tak takut dengan hukuman gantung sampai mati inikan pula yang terlibat dengan kes keruntuhan akhlak seperti gambar di atas ini….




    Gambar Melayu Gambar Penari Tiang Melayu Yang Beragama Islam Didenda RM25? SEREMBAN – Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

    Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

    Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

Setakat RM25 untuk kesalahan perlakuan lucah dan menjolok mata di khalayak ramai? “Mahal” lagi denda :

  • Denda buang sampah merata-rata
  • Tidak pakai tali pinggang keledar
  • Baling selipar atau kasut kepada mahkamah (menghina mahkamah) sehingga dipenjarakan satu tahun

Adakah ada yang akan membimbing mereka-mereka ini kembali semula kepada “jalan yang sebenar” atau selepas ini mereka ini akan meneruskan kegiatan mereka seperti biasa selagi tidak ditangkap buat kali yang kedua?

Diharapkan kerajaan lebih tegas dalam menangani masalah ini dengan mengubal undang-undang yang lebih munasabah pada masa ini. Di saat ini, mereka hanya dibicarakan di mahkamah majistret mengikut seksyen 21 akta ‘kesalahan kecil’, tidak layakkah mereka didakwa di mahkamah syariah?

P/S : kepada kedua-dua ibubapa bagi ketiga-tiga wanita ini, perhatian wajah anak-anak anda ini, perbetulkan mereka daripada terlajak lebih jauh lagi daripada yang berlaku sekarang. Apa pandangan anda pula?

Gambar Isteri Tomok Hamil

Zon Artis - Akhirnya dapat juga kita melihat yang isteri Tomok, Ayu kelihatan hamil. Kemungkinan kehamilan Ayu berusia dalam 6 bulan, memandangkan berita kehamilan Ayu sudah pun di post kan pada bulan akhir Oktober 2011. Dibawah ini saat mereka tengah bercuti, kemungkinan di Singapura. Enjoyed it.



Gambar Baju Pengantin Shila Hamzah

Zon Artis - Wah bukan main cantik lagi gaun pengantin yang diperagakan oleh Shila Hamzah ni. Yang kita tahu dia sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad. Tapi soal kahwin mereka belum lagi putuskan apa-apa, yang dibawah ini gambar Shila untuk majalah jek. Bukan untuk perkahwinan mereka ek. :)




Gambar anak kembar terbaru ziana zain

Zon Artis - Semakin membesar dan melihat perkembangan ini sepertinya rumahtangga Ziana Zain kukuh dan bahagia. Gambar dibawah adalah gambar terbaru hasil foto yang dilampirkan dalam senaskah majalah tempatan, anak kembar Ziana Zain, Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang sudah memasuki usia 5 tahun sejak 23 Julai 2008. Comel macam mama dia. Hehe. :)



Sam, Yana buat Album single? tanda Bercinta?

Zon Artis - Tambah menarik kini, apabila Shaheizy Sam dan Yana dikatakan telah membuat kejutan terbaru dengan muncul dengan single bersama. Lagu yang diberi judul Begini Caranya, merupakan kejutan terbaru dari mereka dan lagu tersebut masih lagi tidak diketahui status samada merupakan lagu untuk filem terbaru ataupun ada projek-projek terbaru mereka kelak. Apapun, buat masa kini, lagu tersebut hanya dimainkan di Nasional FM dan usaha terus dilakukan bagi memecah ke stesen radio yang lain pula.


Bagi yang belum mendengar, lagu Begini Caranya mempunyai maksud yang penuh tersirat selain tidak terlepas dari nada cinta dan susunan lagu yang menarik. -Via

Keluarga Aliff Aziz berjumpa keluarga Anne Ngasri

Zon Artis - Memang kepoh dan bakal mengejutkan dunia hiburan tempatan, apatah lagi melibatkan hubungan diantara Anne Ngasri dan Aliff Aziz. Walaupun terdapat perbezaan umur dan usia, mungkin kita tak menyangka ini semua, kuasa Allah yang menemukan mereka berdua. Pada post yang lepas, Anne telah memberikan jawapan yang mereka berdua baru mengenal hati budi masing-masing, namun kali ini, memetik sumber GUA, yang keluarga Aliff sudah pun berjumpa dengan keluarga Anne, bukan untuk merisik namun hanya mengikat silaturahim semata-mata. :)

    “Ya, memang ada keluarga dia datang berjumpa dengan keluarga saya pertengahan bulan lalu. Tapi tujuan mereka datang hanya untuk mengenali lebih rapat dengan keluarga saya. Kiranya pertemuan mereka adalah untuk berkenalan sesama keluarga. Kebetulan masa itu mereka datang Kuala Lumpur sebab nak melawat Aliff yang tengah menjalani penggambaran di sini. Waktu itu saya tak ada di Malaysia sebab pergi mengerjakan umrah,” ujar Anne. -Via

Gambar Tunang Irma Hasmie

Zon Artis - Majlis pertunangan Irma Hasmie yang berlangsung 24 Mac lalu dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan adalah detik yang kita tidak sangka-sangkakan sebelum ini yang memandangkan Irma tidak pernah menyebut mengenai jejaka berkenaan kepada umum. Dan pada majlis pertunangan itu juga Reza Syah juga tidak kelihatan melalui lensa kamera. Mengikut sumber, gambar dibawah ini merupakan Reza dan bakal suami kepada Irma pada 1 Julai nanti. :)

Sambutan Harijadi ke-28 Fasha Sandha

Zon Artis -  Baru-baru ni, Fasha Sandha telah menyambut harijadinya ke-28 bersama-sama bakal suami, Jejai. Agak romantik suasana hari itu, aktiviti sambutan diraihkan oleh sahabat handai dan rakan taulan. Kesempatan ini digunakan oleh kedua-dua pasangan untuk saling menyuap diantara satu sama lain. :)



Shaheizy Sam Mahu Jadi Penyanyi

Zon Artis - Shaheizy Sam yang membintangi Adnan Sempit 2 yang berjaya mencapai kutipan RM berjuta-juta baru-baru ini, telah menyatakan hasratnya untuk beralih kepada bidang nyanyian pula. Nak dijadikan artis serba boleh seperti Awie, Erra Fazira, Ziana Zain dan lain-lain. Kalau tak silap Sam ni dulu memang kumpulan nyanyian, M.O.B..


Bakat Sam ini telah dicungkul kembali apabila filem terbarunya berjudul "Aku Ada Kau Ada" memerlukan dirinya untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut. Malahan lagu yang sudah dimainkan di corong-corong radio turut menerima sambutan baik daripada peminat sehingga berjaya memasuki carta program "Muzik-Muzik".

    "Kalau diikutkan, minat saya sejak dari kecil adalah untuk bergelar sebagai penyanyi. Namun apabila sudah dewasa, tawaran berlakon muncul dan menyanyi pula tiada. Oleh itu saya pendamkan sahaja niat ini. Namun sekiranya ada yang meminta saya untuk menyanyi secara serius, rasanya tidak mungkin. Saya tak mampu untuk menandingi penyanyi yang ada di Malaysia kerana majoritinya ramai yang hebat," ujar Sam

Gambar Proton Preve 5 Gambar Ekslusif Sebelum Hari Pelancaran!!

Zon Artis - Jikalau sebelum ini ramai kalangan yang sudah sedia maklum yang mana model baru Proton 2012 bakal digelar Proton Preve. Kali ini kami ingin kongsikan lagi beberapa keping gambar ekslusif Proton Preve ini.


 Proton Preve (Gambar) Proton Preve. 5 Gambar Ekslusif Sebelum Hari Pelancaran!!


Proton Preve 2012 (Gambar) Proton Preve. 5 Gambar Ekslusif Sebelum Hari Pelancaran!!

Gambar Proton Preve1 (Gambar) Proton Preve. 5 Gambar Ekslusif Sebelum Hari Pelancaran!!


Proton Preve Review (Gambar) Proton Preve. 5 Gambar Ekslusif Sebelum Hari Pelancaran!!


Kami jangkakan selepas ini, lebih banyak gambar-gambar Proton Preve akan “terdedah” kepada umum di Internet sebelum tibanya hari pelancaran rasmi Proton Preve ini.

Bagaimana respon anda selepas melihat beberapa gambar terbaru Proton Preve ini?

Gambar di Sekitar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay

Zon Artis - Jika sebelum ni Zon Artis sudah kongsikan beberapa keping gambar pertunangan Liyana Jasmay dengan Fathuddin Mazlan, disini kami kongsikan lagi beberapa keping gambar untuk tatapan semua peminat Liyana Jasmay.. Bagi sesiapa yang belum tahu.. semalam telah berlangsungnya majlis pertunangan Liyana Jasmay di rumah keluarganya di Kemensah Height, Kuala Lumpur..

Pada majlis pertunangan tu, Liyana Jasmay tampil anggun dengan gaun moden rona putih gading rekaan Rizman Ruzaini yang berkonsepkan puteri diraja Inggeris yang dikatakan bernilai RM10,000..

Liyana Jasmay juga telah menerima lima dulang hantaran yang berupa satu set wangian Gucci Guilty, telekung, kek, sebentuk cincin dan sirih junjung.

Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran yang berupa senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan cupcake

Semasa Majlis pertunangan Liyana Jasmay ni berlangsung, kedua-dua belah pihak keluarga telah pun bersepakat untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 24 Januari 2013 nanti.. kira 10 bulan la Liyana jasmay bertunang dengan Fathuddin ni kan…

Apa-apa pun jom kita layan Gambar di Sekitar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay kat bawah ni…









Fouziah Gous sudah bersedia kahwin Datuk Seri berstatus duda?

Zon Artis - Lama tak dengar cerita mengenai Fouziah Gous kan.. tetiba je keluar cerita yang Fouziah Gous sekarang tengah intim dengan seorang ahli korporat yang bergelar Datuk Seri berstatus duda.. Fouziah Gous melalui Mstar telah mengaku yang dia memang sedang intim dengan Datuk seri tu beberapa bulan yang lepas walaupun Fouziah Gous sudah mengenalinya beberapa tahun yang lalu.. kira cinta baru nak berputik la ni kan…


Tambah Fouziah Gous lagi, beliau sudah bersedia untuk berkahwin dengan lelaki misteri tu jika sudah tertulis lelaki itu adalah jodohnya…

    “Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.. Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.”

    “Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.. Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin.” Mstar

Wah!.. siapa lah Datuk seri berstatus duda yang intim dengan Fouziah Gous ni kan.. bertuah la badan.. Apa-apa pun MyGosip harap hubungan Fouziah Gous dan Datuk seri ni berakhir ke jinjang pelamin hendaknya..

Gambar bersama Ally Iskandra-Farah Lee

Zon Artis - Sudah hampir dua bulan berlalu episod perkahwinan, 20 Jan yang lalu diantara pengacara Mentor, Ally Iskandar dengan Farah Lee. Kisah rumahtangga mereka kini semakin bahagia namun belum ada petanda-petanda yang Farah hamil. Ally sempat berkongsikan sekeping gambar kemesraan mereka berdua sebagai suami isteri kepada korang semua di luar sana.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review