Ahad, 1 April 2012

Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya Secara Live di Propaganza

Zon Artis - Sesiapa yang menonton Propaganza semalam pastinya perasan yang Awal Ashaari telah melamar Scha Al-Yahya untuk menjadikan Scha Al-Yahya seseorang yang halal buatnya.. Kejutan yang dibuat Awal Ashaari yang diadakan secara langsung tu begitu menyentuh perasaan Scha Al-Yahya sehingga kedua-dua mereka menitiskan air mata.. Walaupun agak terkejut, Scha Al-Yahya tetap menerima lamaran Awal Ashaari dalam keadaan yang sebak dan terpinga-pinga…




Semasa lamaran tu dilakukan, Scha Al-Yahya telah menerima sebentuk cincin berlian dan selepas itu Scha menerima lagi sejambak bunga ros dan seekor patung beruang yang besar.. Awal juga memberitahu yang dia sudah lama menanti hari yang sesuai untuk melamar Scha dan hari itu adalah hari yang paling sesuai sekali kerana hari itu adalah hari ulang tahun percintaan mereka berdua yang ke 2 tahun 6 bulan…

Apa-apa pun Zon Artis ucapkan tahniah buat Awal dan Scha.. sama-sama lah kita tunggu 27 mac ni untuk mengetahui tarikh pertunangan mereka pula..



Kalau korang tak sempat nak tengok propaganza tengah hari semalam.. korang boleh la tengok video lamaran awal kepada scha kat bawah ni..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review